Turki keluar 88 lagi waran tangkap

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

ISTANBUL - Pendakwa Turki pada Jumaat mengeluarkan sebanyak 88 lagi waran tangkap termasuk 40 askar yang masih berkhidmat atas tuduhan merancang percubaan rampasan kuasa pada 2016, lapor agensi berita Xinhua.

Polis melancarkan operasi serentak di 33 wilayah di seluruh negara untuk menahan suspek atas arahan Pejabat Ketua Pendakwa Raya di bandar Izmir, memetik akhbar harian Cumhuriyet.

Setakat ini, 52 suspek ditahan, namun butiran lanjut mengenai pertuduhan terhadap mereka tidak dinyatakan.

Kerajaan Turki menyalahkan ulama Turki yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen dan rangkaiannya melancarkan rampasan kuasa pada Julai 2016 menyaksikan seramai 250 orang terbunuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: