Bakar al-Quran: Iraq keluar waran tangkap terhadap Salwan Momika

Laporan Sinar Harian pada 30 Jun lalu.
Laporan Sinar Harian pada 30 Jun lalu.
A
A
A

KAHERAH - Pejabat pendakwa raya Iraq telah mengeluarkan waran tangkap menerusi Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) terhadap Salwan Momika, seorang pelarian warga Iraq berusia 37 tahun, yang bertindak membakar al-Quran di Sweden, Stockholm pada akhir Jun, Sputnik memetik laporan penyiar Iraq Al Sumaria Khamis.

Pejabat pendakwa raya telah menghantar maklumat dan waran tangkap khas untuk Momika dan meminta Interpol memaklumkan Baghdad sekiranya dia berjaya diberkas.

Pada 28 Jun, protes berlaku di pekarangan masjid Stockholm, di mana al-Quran dibakar. Polis Sweden membenarkan demonstrasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden bakar al-Quran, Riyadh panggil duta Sweden

'Bakar al-Quran perbuatan yang keji' - Turki kutuk tindakan Sweden

Arab Saudi kecam, kutuk tindakan bakar al-Quran di Sweden

Insiden membakar al-Quran di Stockholm telah mencetuskan kecaman di seluruh dunia.

Iraq telah menyeru pihak berkuasa Sweden untuk menghantar pulang individu yang bertanggungjawab atas kejadian itu.

Ramai ketua negara, termasuk setiausaha agung Liga Arab dan ketua Majlis Kerjasama Teluk, telah mengecam perbuatan itu.

Demonstrasi serupa berlaku di Sweden pada Januari apabila ahli politik sayap kanan Denmark Rasmus Paludan membakar kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye. - Bernama/Sputnik

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan bakar al-Quran sengaja cetus provokasi

Malaysia gesa Sweden henti tindakan provokatif bakar al-Quran

Bakar al-Quran: Malaysia kutuk keputusan pihak berkuasa Sweden

Malaysia gesa Sweden ambil tindakan terhadap pelaku bakar al-Quran

Bakar al-Quran: Panggil segera Duta Sweden ke Malaysia