Dua sahabat dijel pecah bangunan sarang burung layang-layang

Kedua-dua tertuduh mengaku salah memecah masuk bangunan sarang burung layang-layang di Kampung Kubang Jela, Manir di sini.
Kedua-dua tertuduh mengaku salah memecah masuk bangunan sarang burung layang-layang di Kampung Kubang Jela, Manir di sini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua sahabat masing-masing dijatuhi hukuman 15 dan 20 bulan penjara di Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana melakukan pecah bangunan sarang burung layang-layang, di Kampung Kubang Jela, Manir di sini.

Keputusan dibuat selepas kedua-dua tertuduh, Mohamad Idham Hafiz Aziz, 28, dan Ahmad Faiz Marzuri, 28, mengaku salah mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama cuba memecah masuk bangunan dijadikan sarang burung layang-layang milik Mohd Sarif Husain@Hassan, 55, di Kampung Kubang Jela, Manir, di sini.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu jam 6 petang pada 14 Disember lalu.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim di hadapan Majistret, Noor Mazrinie Mahmood, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: