Kerjasama bangunkan kilang senjata api pertama di Malaysia

Majlis pertukaran MoU antara KOP Mantap Berhad dengan TISAS-TRABZON disaksikan Tun Mahathir (dua dari kanan) dan Erdogan (dua dari kiri) di Putrajaya semalam.
Majlis pertukaran MoU antara KOP Mantap Berhad dengan TISAS-TRABZON disaksikan Tun Mahathir (dua dari kanan) dan Erdogan (dua dari kiri) di Putrajaya semalam.
A
A
A

ANAK syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM), KOP Mantap Berhad mengorak langkah setapak lagi dalam industri keselamatan dan pertahanan negara apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat pembuat senjata api terkemuka di Turki iaitu TISAS-TRABZON.

Pada majlis tersebut, Pengerusi KOP Mantap Berhad, Datuk Seri Ayub Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOP Mantap Berhad, Datuk Iskandar Datuk Abdul Malik bertukar MoU bersama Pengerusi TISAS TRABZON, Ahmet Alemdaroglu dan Timbalan Pengerusi TISAS-TRABZON, Abdullah Ardem.

Majlis pertukaran MoU itu diadakan sempena KL Summit 2019 dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Putrajaya semalam.

Melalui perjanjian berkenaan, sebuah kilang pembuatan dan pemasangan senjata api yang pertama di Malaysia bakal dibangunkan melalui pertukaran teknologi daripada TISAS-TRABZON kepada KOP Mantap Berhad dengan kerjasama IDC Technologies Sdn Bhd.

“Projek ini bertujuan untuk memastikan bekalan senjata api untuk kegunaan anggota keselamatan sentiasa mencukupi sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar,” kata KOP Mantap Berhad dalam kenyataan akhbar semalam.

Selain itu, menurut KOP Mantap Berhad, projek berkenaan juga menyasarkan pasaran antarabangsa khususnya negara-negara Asean.

“KOP Mantap Berhad juga akan melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengikut teknologi semasa serta menyediakan latihan kepada penggiat dalam industri ini,” katanya.

TISAS

Artikel Berkaitan:

- Syarikat pembuatan senjata api Turki

- Ditubuhkan pada 1993 di Trabzon

- Hasilkan pistol, rifel dan aksesori senjata api

- Digunakan secara meluas di serata dunia

- Fatih 13 merupakan pistol pertama dikeluarkan

Fatih 13 merupakan pistol pertama dikeluarkan syarikat TISAS.
Fatih 13 merupakan pistol pertama dikeluarkan syarikat TISAS.