Jenazah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei tiba di Kuching

Jenazah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Ismail Salam diiringi ahli keluarga selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan pesawat Airbus A400M 8.55 malam ini. - Foto: Bernama
Jenazah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Ismail Salam diiringi ahli keluarga selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan pesawat Airbus A400M 8.55 malam ini. - Foto: Bernama
A
A
A

KUCHING - Pesawat yang membawa jenazah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam tiba di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada kira-kira 8.55 malam ini.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Shahabudin Omar antara yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir selain ahli keluarga Allahyarham.

Jenazah Ismail kemudiannya dibawa ke kediaman keluarganya di Batu 10, Jalan Matang di sini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Matang, Batu10 untuk dikebumikan.

Ismail meninggal dunia kira-kira 8.33 pagi tadi selepas dilaporkan pengsan di kediamannya di Bandar Seri Begawan.

Allahyarham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Kementerian Luar pada 1992 dan pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian Eropah dari Januari 2018 sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei.

Allahyarham meninggalkan isteri Rosita Ismail dan dua anak Nur Hidayah, 23, dan Haziq, 21 yang sedang menuntut di Hungary. - Bernama

Artikel Berkaitan: