Bayi kembar IVF ke-100 Hospital Sultanah Nur Zahirah

Dr Mohd (kanan) melihat bayi kembar IVF ke-100 yang berjaya dilahirkan di HSNZ.
Dr Mohd (kanan) melihat bayi kembar IVF ke-100 yang berjaya dilahirkan di HSNZ.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima kelahiran bayi kembar ke-100 dan 101 melalui kaedah Persenyawaan In-Vitro (IVF) pada Ahad lalu selepas 10 tahun penubuhan Unit Perawatan Reproduktif.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohd Jusoh berkata, bayi perempuan seberat 2.56 kilogram (kg) dan kembar lelakinya seberat 2.6 kg dilahirkan secara pembedahan ialah anak kepada pasangan suami isteri, Norfidiamil Rozali, 35 dan Zairi Anuar Zakaria, 36.

Menurutnya, mereka berdua antara 700 pasangan yang berjaya menjalani rawatan kaedah IVF di HSNZ dan sebanyak 727 pemindahan embrio dijalankan sejak unit berkenaan beroperasi dengan kelahiran 52 bayi lelaki dan 49 bayi perempuan.

“Hospital ini mencipta sejarah apabila bayi pertama dengan kaedah IVF dilahirkan pada 31 Ogos 2010 manakala kaedah pemindahan embrio beku berjaya dilakukan dengan kelahiran bayi pertama dari kaedah itu pada 8 Februari 2012,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Bayi IVF yang ke-100 Peringkat Terengganu 2019 di HSNZ di sini, hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: 8 tahun menanti akhirnya dapat kembar]

Menurutnya, jumlah pasangan yang berdaftar dengan Unit Perawatan Reproduktif semakin meningkat berbanding kira-kira 3,000 pasangan setahun sebelum ini.

"Secara purata seramai 4,000 pasangan dari Pantai Timur menghadapi masalah kesuburan mendapatkan rawatan di HSNZ pada setiap tahun dan 70 peratus daripada jumlah itu ialah penduduk Terengganu.

“Kos rawatan IVF di sini lebih berpatutan iaitu tidak melebihi RM4,000 berbanding RM15,000 di klinik atau hospital swasta, bayaran rendah ini kerana kita mendapat dana daripada kerajaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Mohd berkata, selain Kementerian Kesihatan, HSNZ turut mendapat sokongan kerajaan negeri yang memberi bantuan dana pembelian peralatan IVF berjumlah lebih RM500,000 pada peringkat awal.

"Sekarang kita mempunyai tiga orang pakar dan sedang menunggu kelahiran 10 bayi IVF yang dijangka dilahirkan pada tahun ini," katanya.