Banjir gelombang kedua Kelantan pindah 3,212 penduduk

Orang ramai dinasihatkan untuk bertindak awal mengikut arahan agensi yang ditugaskan.
Orang ramai dinasihatkan untuk bertindak awal mengikut arahan agensi yang ditugaskan.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 3,212 mangsa banjir dipindahkan ke 38 pusat pemindahan banjir (PPS) di Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai dalam gelombang kedua banjir di Kelantan.

Jumlah itu membabitkan 1,014 keluarga apabila rumah mereka mula dinaiki air dan ada yang berpindah awal bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sehingga jam 6 petang, sebanyak 12 jalan ditutup kepada kenderaan secara berperingkat bermula jam 8 pagi tadi ekoran hujan lebat.

Portal ebanjir.kelantan.gov.my, melaporkan antara jalan ditutup ialah Jalan Jeli Dabong di Kampung Reka, Jalan Sungai Durian di Bukit Arang, Jalan Kubor Cina/ Temangan di Kampung Pertok, Kampung Buncit di Machang, Padang Kelupang, dan Pangkal Gong.

Operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan pelbagai agensi di Machang.
Operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan pelbagai agensi di Machang.

Empat jalan lain ialah di Tanah Merah iaitu di Bukit Mas-Bendang Nyior, Loji air Bukit Remeh, pintu masuk ICQS di Jalan Bukit Nangka-Jenok dan Kampung Paku di Kusial.

Bacaan paras air Sungai Golok di Jenob melepasi paras bahaya iaitu 24.48 m (bahaya 23.50m) dan keadaan tersebut bermula jam 4 pagi tadi.

Sungai Golok di Rantau Panjang pula sudah melepasi paras amaran iaitu 8.77 m (amaran 8.00) dan kini menunjukkan trend meningkat setiap masa.

Artikel Berkaitan:

Pemindahan mangsa banjir di Kampung Padang Raja, Machang di sini.
Pemindahan mangsa banjir di Kampung Padang Raja, Machang di sini.

Dua sungai lain yang juga berada di paras amaran ialah Sungai Lebir di Tualang iaitu 31.19 m (amaran 31.00) dan Sungai Kelantan di Jabatan Guillemard 14.13 m (amaran 14.00).