'Saya tidak bertanggungjawab atas akaun bank sendiri'- Najib

Najib
Najib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berlaku dalam akaun banknya yang diuruskan oleh orang lain.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas Timbalan Pendakwaraya, V Sithambaram, yang menyoal sama ada tertuduh bertanggungjawab secara peribadi terhadap apa yang berlaku di dalam tiga akaun AmBank miliknya.

Tiga akaun itu memainkan peranan penting dalam kes pendakwaan RM42 juta SRC International terhadap Najib.

Sithambaram: Adakah anda mempunyai tanggungjawab secara peribadi untuk urus niaga perbankan anda?

Najib: Saya telah wakilkan orang lain untuk menguruskan akaun itu.

Sithambaram: Adakah anda masih bertanggungjawab?

Najib: Jika ada masalah, bagaimanakah saya boleh dipertanggungjawabkan sebab bukan saya urus?

Sithambaram: Adakah anda secara peribadi mempunyai tanggungjawab walau apa pun orang lain (seperti bekas CEO SRC Nik Faisal Ariff Kamil yang diberi kuasa untuk menguruskan akaun itu?

Artikel Berkaitan:

Najib: Saya tidak boleh dipertanggungjawabkan jika ada masalah.

Najib juga memberitahu mahkamah bahawa hanya orang yang menjaga akaun banknya akan dimaklumkan jika penggera berbunyi pada transaksi yang mencurigakan.

Najib berkata demikian ketika disoal balas Sithambaram mengenai wang RM32 juta dalam akaunnya pada tahun 2015 yang bertujuan untuk membayar balik pinjaman dari Permai Binaraya Sdn Bhd dan Putra Perdana Sdn Bhd.

Sithambaram: Jadi jika RM32 juta masuk ke akaun anda dan keluar dari akaun, itu akan menjadi sesuatu amaran (membunyikan loceng penggera).

Najib: Iya bagi mereka yang menguruskan akaun saya. Kerana saya tidak menguruskan akaun saya sendiri.

Mahkamah turut tegang selepas Najib dan Sithambaram turut bertikam lidah berhubung tandatangan bekas perdana menteri itu pada dokumen yang berkaitan dengan SRC International.

Keadaan itu berlaku selepas Najib dilihat enggan menjawab soalan Sithambaram termasuk ketika peguam menimbulkan pertanyaan "ya atau tidak" kepadanya.

Soalan-soalan Sithambaram antara lain menyentuh penafian Najib berhubung tandatangannya pada dokumen SRC International.