X

Kindly register in order to view this article
!

DBKL arah iklan cari 'sugar daddy' ditarik serta-merta

Papan iklan Sugarbook yang dikesan dipasang di Bangsar dan Bukit Kiara. - Foto DBKL.
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan struktur papan iklan luar LED Sugarbook di Bangsar dan Bukit Kiara ditarik serta- merta.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, paparan iklan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Menurutnya, pihak operator telah dimaklumkan kandungan iklan itu bersifat sensitif dan melanggar norma masyarakat Malaysia serta perlu ditarik segera.

"Semalam DBKL telah menerima aduan yang ditularkan di media sosial berkenaan paparan iklan LED berkenaan yang sensitif dan berunsur lucah.

"Hasil siasatan DBKL mendapati pelesen struktur iklan merupakan milik YWP yang telah melantik Out of Home sebagai operator, " memetik kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan media oleh DBKL susulan papan iklan Sugarbook yang tular sejak semalam. - Foto DBKL.
Kenyataan media oleh DBKL susulan papan iklan Sugarbook yang tular sejak semalam. - Foto DBKL.

Terdahulu pemilik akaun Persatuan Pengguna Cyber Malaysia pada status Facebooknya mendedahkan aplikasi Sugarbook adalah merupakan aplikasi perkhidmatan pelacuran.

"Untuk makluman pengguna siber, aplikasi itu merupakan laman sosial khusus bagi golongan wanita yang ingin mendapatkan 'sugar daddy' untuk tujuan seksual dan implikasi apps (aplikasi) ini sangat buruk buat masyarakat.

"Buat golongan isteri yang mempunyai suami berstatus kewangan yang tinggi, mungkin anda boleh cuba melihat aplikasi ini dalam telefon pintar suami anda," tulisnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!