Lori kontena kimia terbalik

Keadaan kontena mengandungi bahan kimia yang terbalik dalam kejadian di Jalan Perigi Nenas 8/15, Taman Perindustrian Pulau Indah di sini, awal pagi tadi.
Keadaan kontena mengandungi bahan kimia yang terbalik dalam kejadian di Jalan Perigi Nenas 8/15, Taman Perindustrian Pulau Indah di sini, awal pagi tadi.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Sebuah lori membawa dua kontena mengandungi bahan kimia jenis Hydrogen Peroxide, UN 2014 yang berhenti di tepi jalan tiba-tiba terbalik dalam kejadian di Jalan Perigi Nenas 8/15, Taman Perindustrian Pulau Indah di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang menerima panggilan kecemasan pada jam 3.34 pagi.

Menurutnya, anggota dan pegawai dari BBP Pelabuhan Klang dengan bantuan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Shah Alam bergegas ke tempat kejadian.

"Sejurus tiba di lokasi, kita dapati treler itu membawa muatan dua kontena dengan setiap satu mengandungi 18 tangki IBC yang masing-masing di dalamnya mengandungi kimia seberat 1,150 kilogram," katanya.

Hafisham berkata, lori terbabit dipercayai tiba-tiba terbalik berikutan struktur tanah lembut di kawasan itu.

Katanya, bomba meminta bantuan syarikat bagi menegakkan kontena untuk pemeriksaan dan pemindahan bahan.

Katanya, hasil bacaan menunjukkan bahan kimia itu selamat dan terkawal.

"Setelah didapati selamat, bomba menyerahkan operasi kepada pihak syarikat bagi pemindahan dan pembersihan kawasan.

Artikel Berkaitan:

"Kerja kawalan dan pembersihan bahan kimia itu selesai sehingga jam 1 tengah hari," katanya.