Salad dirampas di lapangan terbang

Salad yang dirampas Maqis.
Salad yang dirampas Maqis.
A
A
A

LANGKAWI - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya merampas 90 kilogram (kg) salad di Kompleks MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Rabu lalu.

Pengarah Maqis Kedah, P Lily Rosalind Pakianathan berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 12 kotak salad bernilai RM1,608 yang dibawa masuk dari Australia mengandungi serangga perosak.

12 kotak salad bernilai RM1,608 yang dibawa masuk dari Australia.
12 kotak salad bernilai RM1,608 yang dibawa masuk dari Australia.

Menurutnya, pihak Maqis sering menjalankan pemeriksaan hasil pertanian yang dibawa masuk dari luar negara bagi menghalang kemasukan serangga perosak yang boleh melumpuhkan industri pertanian negara.

"Mengimport keluaran pertanian dengan kehadiran perosak adalah menjadi suatu kesalahan bawah Seksyen 14, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Jika sabit kesalahan pelaku boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan: