Kuarters lama ATM terbakar

Kuarters lama ATM di Kampung Penggawa Timur terbakar pagi tadi. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor
Kuarters lama ATM di Kampung Penggawa Timur terbakar pagi tadi. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah kuarters lama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Penggawa Timur Jalan Pandan di sini terbakar kira- kira jam 7 pagi tadi.

Pegawai Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba ( PKPgB), Saiful Bahri Safar berkata, seramai 15 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dan Tebrau bergegas ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

"Kuarters ATM yang terbakar itu sudah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni.

"Api berjaya dipadamkan pada jam 7.48 pagi dan kebakaran itu memusnahkan 80 peratus bangunan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: