KPDNHEP Kedah tidak terima aduan kenaikan harga bawang

Harga bawang di Kedah didakwa alami kenaikan.
Harga bawang di Kedah didakwa alami kenaikan.
A
A
A

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah tidak menerima aduan kenaikan harga bawang setakat ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kedah, Omar Ismail berkata, bagaimanapun pihaknya mendapati memang berlaku kenaikan harga bawang.

Menurutnya, berdasarkan pemantauan, KPDNHEP mendapati faktor cuaca turut mempengaruhi harga bawang buat masa ini.

"Kita menerima bekalan bawang dari China dan India, bagaimanapun bekalan bawang tidak cukup buat masa ini.

"Kualiti bawang juga didapati kurang baik berbanding sebelum ini disebabkan keadaan cuaca dari negara berkenaan. Jadi ada bawang kurang elok dan buruk," katanya.

Omar berkata, bekalan bawang telah diimport dari negara lain seperti Pakistan bagi menangani masalah ini.

Menurutnya, pihaknya mendapati harga bawang jenis rose kini dijual sekitar RM14 sekilogram manakala bawang besar RM4 sekilogram.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga bawang merah naik

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Omar berkata, pihaknya menasihatkan peniaga supaya sengaja tidak menaikkan harga bawang tanpa alasan kukuh.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan harga bawang di daerah ini didapati mengalami kenaikan antara 25 hingga 50 peratus sejak tiga minggu lepas.

Tinjauan Sinar Harian mendapati harga bawang dijual antara RM3.5 hingga RM12 sekilogram mengikut jenis di Pasar Besar Alor Setar di sini.