Cabaran Sweat & Shoot bermula!

Gelanggang yang disediakan untuk program Sweat & Shoot.
Gelanggang yang disediakan untuk program Sweat & Shoot.
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk Shah Alam terutamanya sekitar Seksyen 15 pasti teruja dan bersemangat dengan penganjuran program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf hari ini.

Program unik anjuran Sinar Harian dan Sin Chew Daily yang berorientasikan perpaduan melalui sukan itu dijangka menerima kunjungan lebih 2,000 orang yang datang dari Selangor, Melaka, Negeri Sembilan malah Perak juga.

Pengarah programnya, Mohd Farreez Rahmat berkata, program itu juga mencatatkan sejarah unik tersendiri kerana menganjurkan pertandingan Street Soccer yang sudah agak lama tidak dipertandingkan di Malaysia.

“Kita juga ada program Basketball 3on3 selain banyak program lain. Kita juga ada pameran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sinar Harian yang akan menganjurkan beberapa aktiviti.

“Saya fikir ini adalah program hujung minggu yang sangat sesuai buat keluarga. Sambil anda beriadah, anda boleh juga singgah ke Karangkraf Mall untuk membeli buku pilihan anda dengan tawaran menarik.

“Mereka yang berada di sekitar Shah Alam tidak harus melepaskan peluang menghadiri program ini kerana saya boleh katakan ia merupakan program paling meriah penghujung tahun di Shah Alam,” katanya.

Selain aktiviti tersebut, program juga akan dimeriahkan dengan kehadiran legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi dan jaguh bola keranjang negara, Yek Liang Chuan.

Artikel Berkaitan:

Gelanggang yang disediakan
Gelanggang yang disediakan

Kedua-dua tokoh tersebut akan meluangkan masa bersama pengunjung di samping pengunjung boleh mengambil bahagian dalam aktiviti lain yang turut disediakan di tapak program.

Mohd Farreez berkata, program itu juga akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan E-Sports melibatkan 40 peserta.

“Malah pengunjung juga boleh menyertai Basketball Shootout yang menyediakan hadiah terkumpul berjumlah RM1,000. Kepada mereka yang mahu pamerkan bakat mereka, bolehlah sertai aktiviti tersebut,” katanya.

Hadiah wang tunai berjumlah RM15,200 menanti pasukan terunggul dalam pertandingan Street Soccer 4on4 dan Basketball 3on3 di mana Johan akan membawa pulang RM3,000, naib johan RM2,000, ketiga RM1,200, keempat RM800 dan empat pasukan berjaya ke suku akhir menerima RM150.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya E-Sports, basketball shootout, stage games, persembahan pancaragam dan artis popular tanah air.

Ayuh meriahkan Ahad anda dengan Sweat & ShootGelanggang yang disediakan untuk program Sweat & Shoot.: Sukan Tanpa Diskriminasi!

Ruang pentas program Sweat & Shoot.
Ruang pentas program Sweat & Shoot.