Hormati keputusan Sultan Muhammad V

Sultan Muhammad V
Sultan Muhammad V
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat diminta menghormati keputusan Sultan Muhammad V, susulan peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Menurut Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim, rakyat terutamanya warganet diminta agar menjaga tingkah laku di media sosial agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan negatif terhadap baginda.

"Peristiwa peletakan jawatan yang di-Pertuan Agong telah buat mengikut Peraturan Perlembagaan di bawah Perkara 32 jadi tidak ada perkara yang harus di buat reaksi yang boleh menimbulkan salah faham, buruk sangka atau pendapat yang serong terhadap mana-mana pihak khasnya terhadap Tuanku sendiri.

"Sebab di bawah Perkara 32 seseorang Yang di-Pertuan Agong berhak meletakkan jawatan dengan syarat baginda menulis dengan sendiri jadi nampaknya Datuk Pengelola Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz telah jelaskan perihal itu kelmarin, jadi walau apapun yang telah dilaporkan di media sosial tidak harus seseorang itu membuat kenyataan atau pandangan yang serong atau buruk sangka," katanya kepada Sinar Harian.

Justeru itu beliau meminta agar rakyat menunjukkan tahap kematangan yang tinggi dalam memberi reaksi berhubung perkara ini.

"Inilah masanya rakyat tunjuk kematangan pemikiran dan pendirian berhubung dengan situasi yang boleh dikatakan tak pernah berlaku ini," katanya.

Artikel Berkaitan: