X

Kindly register in order to view this article
!

Pengguna telefon pintar lama tidak lagi boleh guna WhatsApp

Gambar hiasan
A
A

SINGAPURA - Pengguna telefon pintar lama tidak lagi boleh menggunakan aplikasi perkhidmatan mesej, WhatsApp.

Sokongan untuk operasi sistem Windows Phone akan ditamatkan selepas akhir tahun ini, manakala beberapa operasi sistem Android dan iOS hanya akan diteruskan sehingga Februari 2020.

Menerusi kenyataan di laman web mereka, platform milik Facebook memaklumkan, ia akan menyediakan sokongan kepada peranti Android yang menggunakan versi OS 4.0.3+, iPhone versi iOS 9+, telefon terpilih yang menggunakan KaiOS 2.5.1+ termasuk JioPhone dan JioPhone 2.

Sementara itu, Android versi 2.3.7 dan lebih lama serta pengguna iPhone dengan versi iOS8 dan lebih lama boleh terus menggunakan aplikasi itu sehingga 1 Februari 2020.

Selain itu, mereka juga tidak lagi boleh membuat akaun baharu atau mengesahkan semula akaun sedia ada.

"Oleh kerana kami tidak lagi aktif membangunkan sistem operasi ini, beberapa ciri mungkin akan berhenti berfungsi pada bila-bila masa," jelasnya lagi. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!