X

Kindly register in order to view this article
!

Bomba ulang-alik ambil bekalan air padam kebakaran kilang

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di sebuah kilang pemprosesan ayam terbesar di Seri Kesang, Jasin di sini hari ini.
A
A

JASIN - Bomba terpaksa mendapatkan sumber air lebih tiga kilometer bagi memadamkan kebakaran di sebuah kilang pemprosesan ayam di Seri Kesang, Jasin di sini hari ini.

Situasi itu bukan sekali malah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang membabitkan tiga jentera, dua tangki air dan dua unit EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin dan Padang Temu berulang lebih tiga kali ke lokasi sumber air berkenaan yang terletak jauh dari kilang tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kebakaran itu kira-kira jam 1.12 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran 
di sebuah kilang pemprosesan ayam terbesar di Seri Kesang, Jasin di sini hari ini.
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di sebuah kilang pemprosesan ayam terbesar di Seri Kesang, Jasin di sini hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja memadam kebakaran kali ini agak mencabar apabila lori tangki air bomba berkapasiti 20,000 liter terpaksa berulang alik ke jalan besar kira-kira sejauh tiga kilometer bagi mendapatkan bekalan air.

"Disebabkan keterbatasan situasi itu api hanya dapat dikawal sejam kemudian dan jika terdapat sumber air berhampiran berkemungkinan besar kejadian itu dapat dikawal lebih awal.

"Kebakaran itu melibatkan enam ruang pembersihan, kawasan pengeringan telur, kawasan penyimpanan yang menempatkan 31 jenis bahan kimia berbahaya dan lambakan habuk kayu," katanya.

Katanya, selain masalah kesukaran sumber air, lambakan bahan kimia berbahaya yang dipercayai tidak disimpan mengikut peraturan keselamatan ditetapkan juga menyebabkan api mudah merebak.

"Difahamkan seramai 38 pekerja berada di dalam kilang seluas 1.2 hektar itu namun tiada sebarang kemalangan jiwa.

"Punca kejadian masih lagi disiasat dan operasi tamat sepenuhnya lebih kurang jam 6.23 petang," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!