Polis rakam keterangan Anwar

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi keterangan kepada polis dalam membantu siasatan kes yang didakwa fitnah terbaru terhadapnya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Senior, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Anwar hadir pada jam 3.45 petang.

"Kita telah mengambil keterangan selama satu jam 30 minit," katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed sebelum ini dilaporkan berkata, polis akan memanggil beberapa saksi lain bagi melengkapkan kertas siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Sabtu lalu, Muhammed Yusoff Rawther membuat laporan dan menyerahkan akuan bersumpah di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul berhubung dakwaan cabul terhadap dirinya.

Artikel Berkaitan: