UUM rangkul juara Petron Road Safety Digital Challenge

Pengarah The Centre for Logistics and Transport (CeLT), Dr Nur Khairiel Anuar (empat dari kanan) menerima replika cek daripada Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Mohd Nasri Ishak (lima dari kanan) di Dewan Muadzam Shah UUM semalam.
Pengarah The Centre for Logistics and Transport (CeLT), Dr Nur Khairiel Anuar (empat dari kanan) menerima replika cek daripada Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Mohd Nasri Ishak (lima dari kanan) di Dewan Muadzam Shah UUM semalam.
A
A
A

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkul johan bagi kategori institusi dalam Petron Road Safety Digital Challenge baru-baru ini.

Pengerusi Sekretariat Petron-UUM Road Safety Program UUM, Dr Rohafiz Sabar berkata, dalam pertandingan itu UUM berjaya mendapat jumlah skor sebanyak 724,250 mata.

"Kejayaan ini juga membuktikan tahap kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar kita semakin meningkat.

"Insya-ALLAH semoga kemenangan ini akan berterusan pada tahun-tahun akan datang dan lebih ramai pelajar akan melibatkan diri dalam kempen kesedaran ini," katanya kepada Sinar Harian.

Kemenangan itu melayakkan UUM membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 manakala Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang di tempat kedua (205,710 mata) membawa pulang wang tunai

RM2,000 diikuti Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di tempat ketiga (127,800 mata) menerima wang tunai berjumlah RM1,000.

Sementara itu, Pengurus Korporat Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia, Lokman Hani berkata, Program Keselamatan Jalan Raya Petron tahun ini mendapat sambutan menggalakkan

dengan penyertaan lebih 9,000 pelajar dari 84 universiti dan kolej di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, bagi mendekati generasi milenium yang celik teknologi, permainan keselamatan jalan raya dalam talian adalah salah satu cara untuk menarik lebih ramai peserta menyertai inisiatif keselamatan jalan raya.

"Kami percaya keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Kami mengambil pendekatan yang berbeza untuk mendekati remaja bagi menggalakkan penglibatan mereka," katanya.