UUM bolot hadiah NYEP 2019

Kesemua peserta yang menyertai program NYEP 2019 merakamkan gambar bersama Othman serta tiga panel jemputan yang turut berkongsi pengalaman pada program yang diadakan di di Glasshouse at Seputeh. - Foto ihsan Nescafe
Kesemua peserta yang menyertai program NYEP 2019 merakamkan gambar bersama Othman serta tiga panel jemputan yang turut berkongsi pengalaman pada program yang diadakan di di Glasshouse at Seputeh. - Foto ihsan Nescafe
A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Utara Malaysia (UUM) menang besar apabila bukan sahaja meraih tempat pertama dan kedua program Anugerah Keusahawanan Belia Nescafe (NYEP) 2019, malah membolot hadiah bagi kategori Sales Ninja kerana berjaya mengumpul purata jualan bulanan tertinggi.

UUM yang mempertaruhkan tiga kumpulan bagi program itu, menyaksikan dua daripadanya iaitu Bescafe dinobatkan sebagai juara program sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 manakala kumpulan Gucci Gang di tempat kedua dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Kemenangan tempat kedua itu dikongsi dengan pasukan Nescafe Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor yang dipilih juri kerana menonjolkan pencapaian yang setaraf.

Tempat ketiga dimenangi kumpulan Sun Brew dari Sunway College yang turut memenangi kategori Clean Bandit Award kerana mengamalkan tahap kepatuhan tertinggi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan NYEP.

Bagi dua kategori lain iaitu anugerah Don Draper (strategi pemasaran kreatif) dimenangi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memperoleh RM2,000, manakala anugerah Bonus Challenge Superstar dimenangi pasukan UTM, Johor sekali gus membawa pulang wang tunai RM4,000.

Ketua pasukan UUM, Nur Dini Afrina Muhammad Isa, 23, ketika berkata, beliau dan pasukannya sebenarnya tidak menjangkakan kemenangan itu, namun sangat gembira kerana usaha serta komitmen mereka akhirnya membuahkan hasil.

Pasukan Gucci Gang dari UUM (kiri) dan pasukan Nescafe UTM Johor (kanan) berkongsi kemenangan di tempat kedua anugerah kampus keseluruhan terbaik bagi program NYEP 2019 yang diadakan di di Glasshouse at Seputeh. - Foto ihsan Nescafe
Pasukan Gucci Gang dari UUM (kiri) dan pasukan Nescafe UTM Johor (kanan) berkongsi kemenangan di tempat kedua anugerah kampus keseluruhan terbaik bagi program NYEP 2019 yang diadakan di di Glasshouse at Seputeh. - Foto ihsan Nescafe

Menurutnya, mereka percaya kemenangan itu didokong semangat kerja berpasukan yang tinggi untuk mencapai jualan tertinggi pada setiap bulan serta mencari cara kreatif mempromosi dan memasarkan produk Nescafe kepada warga kampus.

Artikel Berkaitan:

“Kami fokus habis-habisan pada promosi serta jualan bermula September hingga November dan alhamdulillah.

"Dalam sehari kita, menjual sebanyak 400 cawan Nescafe dan memperoleh hasil jualan antara RM800 sehingga mencecah RM1,000 sehari,” katanya.

Lebih 5,000 usahawan belia berjaya diperkasakan melalui NYEP yang bukan saja menggalakkan peluang pekerjaan kepada belia tetapi mempersiapkan mahasiswa dengan pengalaman perniagaan menguruskan gerai pop-up serba lengkap menyajikan Nescafe di kampus.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nescafe, Nestle (Malaysia) Berhad, Othman Chraibi berkata, beliau berbangga dengan pencapaian peserta pada program kali ini yang disifatkannya sebagai sangat kreatif dan berinovasi tinggi.

“Kita bersetuju untuk buka 10 penempatan latihan industri di Nestle berbanding lima sebelum ini sebagai ganjaran kepada pelajar yang menang bagi memupuk kemahiran kepimpinan serta minda keusahawanan mereka,” katanya pada sidang akhbar di Glasshouse at Seputeh di sini baru-baru ini.