[DIKEMASKINI] Wanita antara yang ditahan dalam 'Op War In Place'

Hanyan menunjukkan antara dadah yang berjaya dirampas.
Hanyan menunjukkan antara dadah yang berjaya dirampas.
A
A
A

KEMAMAN - [DIKEMASKINI] Seorang wanita antara 41 buruh ladang kelapa sawit yang diberkas polis membabitkan pelbagai kesalahan termasuk berkaitan dadah.

Kesemua yang ditahan berusia antara 25 hingga 53 tahun dan mempunyai rekod kesalahan lampau manakala empat daripadanya adalah penagih baharu yang pertama kali ditahan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, melalui operasi Op War In Place di Cheneh itu, polis turut menahan seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Felda Neram 1 dan merampas 21.93 gram heroin, 8.48 gram syabu dan 279 biji pil kuda.

"Bagaimanapun, nilai keseluruhan dadah yang dirampas dalam operasi itu ialah RM9,500 membabitkan 22.97 gram heroin, 8.71 gram syabu, 282 biji pil kuda," katanya.

Antara suspek yang ditahan dalam operasi itu.
Antara suspek yang ditahan dalam operasi itu.

Katanya, polis akan mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Sesyen Kemaman esok.

Katanya kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952, Seksyen 12(3) ADB 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Kita turut merampas sebuah motosikal anggaran nilai RM2,500 yang dilaporkan hilang di Kuantan tahun lalu," katanya pada sidang akhbar Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman hari ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, operasi selama 8 jam yang bermula jam 4 pagi membabitkan 4 pegawai dan 35 anggota, diketuai Pegawai Medan, Asisten Superintendan Faizol Azuhan Che Omar yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kemaman.

Kemaman merupakan daerah pertama terlibat Op War In Place yang dilaksanakan selama empat hari bermula hari ini.

Sebahagian daripada dadah dan barangan yang dirampas.
Sebahagian daripada dadah dan barangan yang dirampas.