'Amaran keras buat antivaksin'

Aktivis antivaksin, Edwin Tamasese kini ditahan oleh pihak polis bagi memberi amarahan kepada aktivis lain agar menghentikan kempen tersebut.
Aktivis antivaksin, Edwin Tamasese kini ditahan oleh pihak polis bagi memberi amarahan kepada aktivis lain agar menghentikan kempen tersebut.
A
A
A

SAMOA - Kerajaan Samoa kini memberi amaran keras bahawa pihaknya tidak akan bertoleransi dengan sebarang propaganda mengenai antivaksin yang menyebabkan puluhan kanak-kanak meninggal dunia akibat wabak demam campak.

Salah seorang daripada aktivis antivaksin yang berkempen di sosial media telah ditahan kerana menentang usaha imunisasi secara besar-besaran yang dibuat kerajaan.

Sekurang-kurangnya 63 orang yang kebanyakannya kanak-kanak telah dilaporkan meninggal dunia sejak wabak tersebut tular pada pertengahan Oktober lalu, lapor The Telegraph yang memetik sumber.

Krisis tersebut didakwa berpunca daripada golongan antivaksin yang mempengaruhi pemikiran golongan ibu bapa bahawa suntikan imunisasi tersebut berbahaya.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi Samoa, Afamasaga Rico Tupai menyatakan bahawa golongan antivaksin telah menyebarkan teori konspirasi tersebut.

“Golongan antivaksin yang digelar sebagai 'anti-vaxxers' bertindak membantutkan usaha kami dan kanak-kanak yang telah meninggal dunia selepas menjadikan hospital sebagai tempat terakhir untuk mendapatkan bantuan.

“Kami mendapati bahawa mesej yang disebarkan oleh golongan antivaksin ini telah sampai kepada keluarga kanak-kanak ini dan sebab itulah mereka tidak membawa anak-anak mereka ke hospital.

“Jangan masuk campur, jangan sumbangkan peningkatan kepada jumlah kematian yang sedia ada setakat ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Salah seorang daripada ahli gerakan antivaksin yang ditahan Khamis lepas telah didakwa di atas tuduhan melanggar perintah kerajaan.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa mereka terpaksa menahan lelaki itu selepas dia tidak mengendahkan amaran daripada pihak kerajaan untuk menghentikan kempennya itu yang menyebabkan ramai kanak-kanak menjadi mangsa.