Sultan Johor berkenan lawat mangsa banjir

Sultan Ibrahim ketika melawat mangsa yang ditempatkan di PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi di sini hari ini.
Sultan Ibrahim ketika melawat mangsa yang ditempatkan di PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi di sini hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenaan mencemar duli melawat mangsa banjir di Dewan Kolej Vokasional Kota Tinggi di sini hari ini.

Difahamkan baginda turut memandu kereta untuk pergi melawat kesemua mangsa yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkenaan.

“Lebih 500 mangsa termasuk kanak-kanak ditempatkan di PPS itu. Saya mendapati segala persiapan teratur dan sentiasa dipantau Pegawai Daerah Kota Tinggi.

“Pada masa sama, saya juga mahu pasukan penyelamat serta agensi berkaitan sentiasa dalam keadaan siap siaga memandangkan faktor cuaca tidak menentu ketika ini,” titah baginda menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Setakat jam 12.30 tengah hari tadi terdapat seramai 526 daripada 133 mangsa masih ditempatkan di PPS terbabit yang dibuka sejak Isnin lalu.

Untuk rekod, kesemua mangsa yang berada di PPS berkenaan adalah penduduk dari tiga penempatan iaitu Kampung Jawa, Taman Aman dan Taman Mawai.

Artikel Berkaitan: