6 individu bikin kecoh di Kongres AMK ditahan

Mat Kasim (dua dari kanan) dan Shahrul Laili (sebelah) menunjukkan gambar lapan individu yang diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung kekocohan itu.
Mat Kasim (dua dari kanan) dan Shahrul Laili (sebelah) menunjukkan gambar lapan individu yang diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung kekocohan itu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Polis menahan enam individu dipercayai terlibat rusuhan ketika Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, tiga daripada mereka berasal dari luar Melaka termasuk dua dari Banting dan Klang, Selangor dan seorang dari Kuala Lumpur dilepaskan dengan jaminan polis setelah memberi keterangan.

"Kita sudah mengenal pasti 14 individu dan daripada jumlah itu, enam ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 30 tahun dipercayai ahli parti yang sama dan diambil keterangan manakala lapan lagi masih belum tampil.

"Polis berharap mereka tampil bagi membolehkan kami melengkapkan siasatan dengan segera," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shahrul Laili Masduki di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang di sini hari ini.

Mat Kasim berkata, sekiranya ada individu berkepentingan diperlukan, pihaknya tidak menolak untuk memanggil dan akan menyiasat kes itu dengan adil.

"Polis akan menjalankan siasatan secara profesional dan kita tidak pernah terbabit atau menerima mana-mana arahan untuk jalankan siasatan berdasarkan laporan dan maklumat diterima.

"Lima laporan polis yang diterima setakat ini termasuk satu oleh bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Mohd Noor dan juga mendapatkan keterangan daripada 15 saksi kejadian," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata yang boleh membawa hukuman sehingga lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan insiden pergaduhan dipercayai terjadi disebabkan Pemuda AMK tidak puas hati terhadap pemerhati yang memenuhi ruangan dewan sehingga menyebabkan perwakilan tidak dapat mengamati ucapan dasar pada program tersebut.

Sementara itu dua lagi wakil AMK iaitu Ketua AMK Terengganu, Mohd Huzaifah Md Suhaimi dan Ketua AMK Melaka, B Prasanth Kumar membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam kira-kira jam 4 petang tadi.

Prasanth (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Batu Berendam pada sidang media berhubung insiden itu di Bukit Beruang hari ini.
Prasanth (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Batu Berendam pada sidang media berhubung insiden itu di Bukit Beruang hari ini.

Prasanth berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam insiden tersebut termasuk yang disyaki merancang kekecohan menerusi tangkap layar WhatsApp.

"AMK menggesa polis menjalankan siasatan mengenai 'screenshot' WhatsApp yang tular sama ada ia mempunyai kaitan dengan kekecohan yang berlaku.

"Kita kesal dengan apa yang berlaku dah berharap dalang-dalang ini ditahan dan didakwa seadilnya kerana mencemarkan imej parti," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bergaduh, bertumbuk sehingga berdarah'

Kumpulan 'pemerhati tidak sah' punca kecoh

'Kami hanya jalankan tugas halang Mizan Adli masuk dewan'

Polis minta lapan individu bikin kecoh di Kongres AMK tampil

Dua lelaki ditahan insiden gaduh di Kongres AMK