Sila log masuk terlebih dahulu.

Penyelia syarikat didakwa perdaya enam individu, penipuan bernilai RM60,661

A
A
A

BERITA SEMASA 24 MEI 2023

Seorang penyelia syarikat pembersihan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Rabu atas enam pertuduhan penipuan penjualan lot tanah tidak wujud bernilai RM60,661 pada Mei tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

S Sevasangar bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memperdayakan enam individu membabitkan pesara, kontraktor, pemandu lori, juru elektrik dan dua rakan sekerjanya dengan menawarkan penjualan tanah tidak wujud di sekitar Alor Gajah dan Jasin.

Artikel: https://shorturl.at/kvGJ7

Muzik: Elevate dari www.bensound.com