X

Kindly register in order to view this article
!

Perlis sasar pasar malam tanpa sampah tahun depan

Azlan ketika ditemui pada sidang DUN Perlis hari ini.
A
A

KANGAR - Kerajaan Perlis melalui Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan memfokuskan Kempen Perlis Bersih Indah pada tahun hadapan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, bagi menjayakan agenda berkenaan, kerajaan Perlis akan melaksanakan beberapa kempen seperti Hari Sabtu Tanpa Plastik, Nat Tanpa Sampah, Gotong Royong Bersama Komuniti dan Program Recycle For Live (RFL).

"Lima nat (pasar malam) yang akan terlibat iaitu Nat Arau; Nat Behor Lateh; Nat Batu 2; Nat Taman Sena dan Nat Bintong.

"Projek ini merupakan projek rintis MPK di mana kerja-kerja pembersihan tidak perlu lagi diadakan selepas waktu operasi nat berkenaan tamat," katanya ketika membentangkan

Bajet Negeri Perlis 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Jelas beliau, antara kempen yang akan dijalankan ialah Hari Sabtu Tanpa Plastik, Nat Tanpa Sampah, Gotong Royong bersama Komuniti dan Program Recycle for Live (RFL).

Katanya, pihak MPK akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala dan sistematik bagi memastikan matlamat penganjuran program tersebut akan tercapai.

"Bagi Hari Sabtu Tanpa Plastik pula, program ini telah pun bermula dan bakal ditambah pada hari Sabtu dan Ahad bermula November 2020 berbanding sebelum ini yang hanya diadakan pada hari Sabtu sahaja," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus