Dua beradik hilang di laut: Operasi SAR disambung hari ini

Operasi SAR hari ini diperluas meliputi empat bahagian.
Operasi SAR hari ini diperluas meliputi empat bahagian.
A
A
A

ALOR SETAR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik yang dikhuatiri hilang selepas turun ke laut di Tuas Selatan Yan sejak Jumaat lepas disambung semula hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, operasi masuk hari ketiga yang bermula jam 7 pagi tadi menggunakan beberapa aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu bot Kilat 7 dan Kilat 26.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi SAR diaktifkan

"Operasi turut dibantu Bot Natma 18 dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), bot PSC 20 Pasukan Polis Marin (PPM) serta beberapa bot nelayan tempatan.

Laporan Sinar Harian, semalam.
Laporan Sinar Harian, semalam.

'Malah, skop pencarian dibahagikan kepada empat bahagian dengan keluasan lebih kurang 364 batu nautika persegi," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mangsa dikenali sebagai Ng Gua Xian, 44, dan Ng Gou Tong, 34, dipercayai tidak pulang ke jeti setelah menaiki bot kira-kira jam 9 pagi pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: