Berlagak penyayang beli tudung untuk isteri tapi menipu?

Nurul Nabihah menunjukkan perbandingan not kertas RM100 palsu diterima (kanan) dengan wang RM100 tulen.
Nurul Nabihah menunjukkan perbandingan not kertas RM100 palsu diterima (kanan) dengan wang RM100 tulen.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki berlagak penyayang membeli tudung untuk isteri dipercayai membuat bayaran menggunakan wang palsu di sebuah premis di Taipan 2, Senawang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang mangsa yang datang ke premis bersendirian itu mencari tudung tanpa perlu diseterika sebelum membuat bayaran.

Pemilik premis, Nurul Nabihah Jaafar, 36, perkara tersebut disedari selepas lelaki itu meninggalkan kedainya yang baru beroperasi sejak sebulan lalu.

Lelaki berkenaan datang ke sebuah kedai tudung di Taipan 2, Senawang kira-kira jam 5 petang semalam dan memberitahu mahu membeli tudung untuk isteri.

“Selepas sebulan kedai saya dibuka, ini pertama kali lelaki datang kononnya nak beli tudung untuk isteri. Saya memang dah rasa tak sedap hati tapi sebab pelanggan saya tak boleh halau pula.

“Dia kata nak beli tudung tak perlu digosok untuk isteri dan selepas kira-kira 15 minit dia buat bayaran untuk tudung bernilai RM37 di kaunter,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, suspek memberi tujuh keping wang RM1 dan sekeping RM100 yang dikeluarkan dari dompetnya, namun meletakkan RM100 itu di bawah helaian not RM1.

“Mungkin nak mengelirukan saya dan saya dah perasan duit itu berbeza tapi tak tahulah saya tak boleh nak bercakap.

Artikel Berkaitan:

“Saya kemudiannya membuat perbandingan dengan RM100 lain selepas lelaki itu keluar dari kedai dan ternyata wang yang diberikan itu palsu,” katanya.

Katanya, dia cuba mencari lelaki terbabit di luar premis tetapi tidak nampak kelibatnya sebelum berkongsi insiden itu di media sosial sebagai peringatan kepada peniaga lain supaya lebih berhati-hati.