X

Kindly register in order to view this article
!

Letusan gunung berapi di NZ korbankan seorang warga Malaysia

Laporan Sinar Harian berkaitan tragedi gunung berapi yang meletus secara tiba-tiba semalam.
A
A

WELLINGTON - Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand mengesahkan sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia maut ketika tragedi letusan gunung berapi di White Island yang berlaku semalam.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia melalui akaun Twitter rasminya menjelaskan butiran mangsa masih belum diketahui kerana siasatan masih dijalankan.

“Pagi ini, pada jam 9.30 pagi waktu tempatan, Suruhanjaya Tinggi dimaklumkan oleh pihak berkuasa New Zealand bahawa sekurang-kurangnya seorang yang meninggal adalah rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand meminta orang ramai untuk menghubungi mereka jika menerima maklumat tentang mana-mana rakyat Malaysia yang berada di lokasi bencana.

“Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan akan terus mengemaskini dari semasa ke semasa. Kami ingin mendesak orang ramai untuk menghubungi kami jika mereka mempunyai maklumat mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang berada di kawasan itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gunung berapi di New Zealand meletus tiba-tiba

Terdahulu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden mengesahkan pelancong dari Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Malaysia antara mangsa yang hilang dan cedera berikutan ledakan gunung berapi tersebut.

Semasa kejadian, seramai 47 orang pelancong dilaporkan ke pulau tersebut.

Daripada jumlah itu, lima terbunuh, lapan masih hilang, 31 orang masih dirawat di hospital dan tiga lagi dibenarkan keluar.

Gunung berapi White Island yang popular dalam kalangan pelancong meletus secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran sekali gus menimbulkan ketakutan kepada ramai pengunjung.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!