X

Kindly register in order to view this article
!

Hak milik kekal tanah: Amanah ikut keputusan kerajaan Perak

Asmuni (kiri) menyerahkan set kelengkapan sekolah kepada salah seorang pelajar pada Majlis Penyerahan Sumbangan 'Back To School' dan Biasiswa Menteri Besar Perak di Manjoi hari ini.
A
A

IPOH - Amanah Perak hanya mengikut keputusan kerajaan negeri berhubung isu tuntutan hak milik kekal tanah kampung baharu.

Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata, beliau mengesahkan tiada keputusan telah dibuat berhubung perkara itu dan ia kekal mengikut peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

"Apa saja yang diputuskan oleh kerajaan negeri, itulah keputusan kita. Bagi saya tidak timbul Amanah, DAP, PKR atau Bersatu kerana kita bentuk kerajaan atas nama Pakatan Harapan jadi keputusan kita adalah keputusan kerajaan.

"Setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara dan masih lagi kekal di bawah Kanun Tanah Negara. Di bawah kanun itu jelas peruntukan dan kaedah yang perlu diikuti," katanya.

Beliau mengulas mengenai gesaan Gagasan Melayu Perak yang mahukan pendirian Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Amanah terhadap isu berkenaan.

Asmuni ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan 'Back To School' dan Biasiswa Menteri Besar Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Said, Manjoi di sini hari ini.

Menurutnya, perkara itu tidak menimbulkan isu dalam kalangan Exco kerajaan negeri.

"Tidak timbul isu perkara itu, yang buat bising orang luar sahaja. Kami rileks, mesyuarat yang berjalan seperti biasa.

"Komen-komen yang dapati Mesyuarat Exco Perak memang berlangsung dengan harmoni. Semua bercakap dan kita buat keputusan secara konsensus," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: GMP gesa MB tak mengalah isu tanah kampung baharu


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!