Wanita jadikan rumah 'port' lalok diberkas

Seorang wanita yang menjadikan rumahnya port penagihan dadah turut ditahan AADK Kuala Muda dalam Ops Cegah di Pulau Sayak, di sini, semalam.
Seorang wanita yang menjadikan rumahnya port penagihan dadah turut ditahan AADK Kuala Muda dalam Ops Cegah di Pulau Sayak, di sini, semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Enam individu termasuk seorang wanita antara ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADDK) Kuala Muda dalam Ops Cegah 94/2019 di beberapa lokasi berasingan di sekitar Sungai Petani semalam.

Wanita berusia 25 tahun itu ditahan bersama suaminya di kediaman mereka di Pulau Sayak.

Ketua Pegawai AADK Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, wanita itu sudah beberapa tahun terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan menjadikan rumahnya port penagihan dadah.

Arnida berkata, wanita berkenaan turut mengakui mendapat bekalan dadah daripada penagih lain yang datang ke rumah untuk melepaskan gian.

"Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing mendapati suaminya negatif dadah manakala wanita tersebut positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya, lima lagi lelaki berusia lingkungan 29 hingga 40 tahun yang ditahan didapati positif dadah dan kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983 pindaan 1998.

Operasi yang bermula pada jam 9 pagi itu membabitkan Kampung Paya Suri Semeling, Kampung Batu Hampar Merbok, Kampung Telok Nipah dan Kampung Jerung.

Arnida meminta penagih dadah mendapatkan bantuan di pejabat AADK daerah Kuala Muda bagi mengatasi masalah ketagihan dan rawatan pemulihan secara sukarela.

Artikel Berkaitan: