Penduduk tak perlu gusar dengan pelaksanaan projek LRT3

Sze Han bergambar bersama penduduk, badan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan KDEB Waste Management Sdb Bhd selepas program Breath New Life di Kampung Bagan Hailam hari ini.
Sze Han bergambar bersama penduduk, badan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan KDEB Waste Management Sdb Bhd selepas program Breath New Life di Kampung Bagan Hailam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk di sekitar kejiranan Seksyen 7, Shah Alam tidak perlu gusar dengan pelaksanaan projek Laluan Transit Ringan 3 (LRT) yang sedang dibangunkan pada masa kini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkuran Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, isu berhubung dakwaan taman permainan di kawasan itu bakal dirobohkan tidak timbul memandangkan ia hanya akan ditutup buat sementara waktu.

Beliau berkata, taman permainan berkenaan akan dinaiktaraf dan dibuka semula kepada orang ramai selepas pelaksanaan projek LRT3 selesai.

"Selepas projek LRT3 itu siap, taman permainan berkenaan akan dinaik taraf dengan penambahan beberapa kemudahan baharu dan penduduk bakal mendapat manfaat hasil daripada pelaksanaan tersebut," katanya selepas program Breath New Life di Kampung Bagan Hailam hari ini.

Sebelum ini, penduduk di kejiranan Seksyen 7 melahirkan rasa bimbang dengan pelaksanaan jajaran laluan projek LRT3 itu yang akan melalui padang permainan kawasan perumahan mereka dan membahayakan penduduk terutamanya kanak-kanak.

Mengulas lanjut, Sze Han yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga telah menetapkan syarat kepada pemaju bagi melaksanakan proses naik taraf tersebut.

"Tidak dinafikan memang akan ada satu atau dua tiang di taman permainan berkenaan tapi penduduk tak perlu bimbang memandangkan pemaju berjanji akan melaksanakan proses naik taraf itu," katanya.

Artikel Berkaitan: