Misi bantuan di Syria beri keinsafan

Farah Fauzana bercakap mengenai pengalaman dirinya sebagai sukarelawan pada program #cakaplah di MMU Cyberjaya semalam.
Farah Fauzana bercakap mengenai pengalaman dirinya sebagai sukarelawan pada program #cakaplah di MMU Cyberjaya semalam.
A
A
A

CYBERJAYA – Pengalaman menyertai misi bantuan kemanusiaan di beberapa negara bergolak seperti Syria menimbulkan keinsafan sekali gus mendidik selebriti terkenal, Farah Fauzana Mohd Fadzil untuk lebih menghargai nikmat diberikan selama ini.

Farah Fauzana atau lebih dikenali sebagai Fafau berkata, selepas meninggalkan dunia penyiaran, beliau mengotakan janji untuk aktif dalam misi bantuan kemanusiaan.

“Sebelum ini, saya bekerja jam 9 pagi hingga 5 petang dan ada beberapa penganjur serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tawarkan kepada saya untuk sertai misi seperti itu.

“Saya terpaksa tolak dengan baik sebab belum bersedia dan perlukan masa untuk mengumpul kekuatan dari segi fizikal dan mental. Namun selepas berhenti kerja, saya nekad buat kerja-kerja sukarelawan ini,” katanya dalam program #cakaplah: Kerja Sukarela: Kenapa Kami Terlibat? di Dewan Tun Canselor Universiti Multimedia (MMU) di sini semalam.

Farah berkata, sukarelawan diibaratkan jambatan penghubung antara penyumbang dan penerima bantuan.

“Dulu sebelum saya menyertai misi itu, saya sama seperti orang di luar sana yang sering terfikir ke mana perginya dana yang kita sumbangkan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: