Padah langgar syarat lesen

Antara individu yang ditahan APMM
Antara individu yang ditahan APMM
A
A
A

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana menangkap ikan di luar kawasan yang dibenarkan di perairan Tanjong Karang, Kuala Selangor semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Rosli berkata, bot itu ditahan ketika kru serta awak-awak sedang leka menangkap ikan pada jam 11.20 pagi di kawasan 6.2 batu nautika di perairan itu.

"Empat individu termasuk kru dan awak-awak yang ditahan merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 18 hingga 62 tahun.

"Kesemua mereka ditahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menunda kurang dari lapan batu nautika," katanya.

Katanya, kesemua mereka termasuk bot dan hasil tangkapan ikan campur dianggarkan lebih kurang 50 kilogram dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: