Tengku Temenggong Kelantan ziarah Makam Diraja Langgar

Tengku Mohamad Rizam (dua dari kiri) dan Tunku Noor Hayati (kiri) pada majlis tahlil dan bacaan doa di makam Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Tengku Mohamad Rizam (dua dari kiri) dan Tunku Noor Hayati (kiri) pada majlis tahlil dan bacaan doa di makam Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
A
A
A

ALOR SETAR - Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Tengku Puan Temenggong Kelantan, Puan Sri Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berkenan menziarahi makam Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Makam Diraja Langgar, dekat sini hari ini.

Tunku Noor Hayati (kanan) menziarahi warga pondok di Parit Panjang, Baling.
Tunku Noor Hayati (kanan) menziarahi warga pondok di Parit Panjang, Baling.

Baginda berdua tiba kira-kira jam 8.40 pagi diiringi anakanda Tengku Nur Qistina Petri dan Tengku Yahya Aziz Petra untuk bersama-sama menyertai majlis tahlil bersama 20 pelajar Tahfiz Makam Diraja Langgar.

Tengku Yahya Aziz Petra (kanan) bermesra dengan penduduk Parit Panjang, Baling.
Tengku Yahya Aziz Petra (kanan) bermesra dengan penduduk Parit Panjang, Baling.

Bacaan tahlil dan doa dipimpin oleh Pegawai Agama Negeri Kedah, Syeikh Mohd Fadhli Antani.

Tunku Noor Hayati menyiram air mawar ke pusara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sambil disaksikan Tengku Mohamad Rizam.
Tunku Noor Hayati menyiram air mawar ke pusara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sambil disaksikan Tengku Mohamad Rizam.

Sebahagian pelajar Tahfiz Makam Diraja Langgar, Alor Setar yang dijemput untuk bacaan tahlil dan doa di makam Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Sebahagian pelajar Tahfiz Makam Diraja Langgar, Alor Setar yang dijemput untuk bacaan tahlil dan doa di makam Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Artikel Berkaitan:

Tengku Nur Qistina Petri menyantuni penduduk dan pelajar tahfiz di Parit Panjang, Baling.
Tengku Nur Qistina Petri menyantuni penduduk dan pelajar tahfiz di Parit Panjang, Baling.

Tengku Mohamad Rizam dan Tunku Noor Hayati turut menziarahi beberapa makam keluarga diraja yang lain.

Baginda berdua meluangkan masa lebih 30 minit berada di makam tersebut yang turut diiringi Pengerusi Majlis Datuk-Datuk Negeri Kedah merangkap Pengerusi Perkim Kedah, Datuk Ismail Hamid dan Setiausaha Kehormat Perkim Kedah, Turedy Abdullah.

Sebelum berangkat pulang, baginda berdua berkenan menyampaikan sumbangan kepada pengurusan dan pelajar Tahfiz Makam Diraja Langgar.

Tunku Noor Hayati (kiri) dan Tengku Mohamad Rizam (tiga dari kanan) turut menziarah makam Almarhum Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah.
Tunku Noor Hayati (kiri) dan Tengku Mohamad Rizam (tiga dari kanan) turut menziarah makam Almarhum Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah.

Tengku Mohamad Rizam menyerahkan sumbangan kepada wakil pengurusan Tahfiz Makam Diraja Langgar, Alor Setar.
Tengku Mohamad Rizam menyerahkan sumbangan kepada wakil pengurusan Tahfiz Makam Diraja Langgar, Alor Setar.

Semalam, rombongan keluarga Tengku Temenggong Kelantan itu berkenan bersama penduduk kampung di sekitar Masjid Omar Zuhdi, Parit Panjang, Baling menunaikan solat Maghrib diikuti bacaan Yasin, tahlil, solat hajat dan solat Isyak berjemaah sempena tarikh kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Sekitar 500 penduduk yang terdiri daripada orang kampung, pelajar pondok dan pelajar tahfiz hadir untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut.

Sebahagian penduduk dan pelajar tahfiz di Parit Panjang, Baling yang menyertai majlis tahlil di Masjid Omar Zuhdi.
Sebahagian penduduk dan pelajar tahfiz di Parit Panjang, Baling yang menyertai majlis tahlil di Masjid Omar Zuhdi.

Tengku Mohamad Rizam juga bermurah hati mengurniakan sumbangan peribadi kepada pihak Masjid Omar Zuhdi, imam, bilal dan semua ahli jawatankuasa masjid.

Pada sebelah petang, Tunku Noor Hayati bersama anakanda melawat empat buah pondok dan sebuah pusat tahfiz di sekitar Parit Panjang bagi mengurniakan sumbangan peribadi kepada madrasah, pusat tahfiz serta kepada semua pelajar dan penghuni madrasah.