[VIDEO] Lelaki dakwa masih suami sah wanita terbabit isu pegawai kanan ATM

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki mendakwa dirinya masih suami sah kepada seorang wanita didakwa terkait dengan skandal melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini.
Usahawan, Sariman Bakar, 52, berkata, dia dan wanita berkenaan, Dasyarina Sarilah Daud telah bernikah secara sah mengikut hukum syarak di luar negara pada 25 Februari 2025, dengan wali pernikahan merupakan bapa kandung wanita tersebut sendiri.
Ujar Sariman, dia dan isterinya terlibat bersama dalam beberapa urusan perniagaan termasuk salah satu tugasan syarikat, di mana wanita berkenaan telah berkenalan dengan pegawai kanan ATM itu atas dasar urusan kerja.
"Selepas perkenalan tersebut, saya mendapati berlaku perubahan ketara dalam sikap isteri (Dasyarina).
"Berasa tidak berpuas hati dengan perubahan itu, saya telah menjalankan siasatan sendiri dan menemui mesej-mesej berunsur mesra antara mereka," katanya dalam satu sidang akhbar di sebuah restoran pada Selasa.
Sebelum ini, Dasyarina menafikan dakwaan mempunyai hubungan peribadi dengan pegawai terbabit sebaliknya menyatakan mereka hanya kenalan dan rakan golf serta menegaskan tidak pernah menerima sebarang projek kerajaan.
Pada Disember tahun lalu, aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa seorang pegawai kanan ATM terlibat dalam kesalahan berkaitan rasuah dengan mendedahkan satu set dokumen yang kononnya merangkumi kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang didakwa diterima oleh pertubuhan Pembela Tanah Air (PETA) pada Mei 2024.
Dakwaan itu turut memetik nama Dasyarina dengan dakwaan hubungan peribadi.
Berikutan itu, Sariman mendakwa telah menghubungi pegawai kanan berkenaan secara peribadi bagi mendapatkan penjelasan, namun keadaan masih tidak berubah
Ringkasan AI
- Seorang lelaki mendakwa masih suami sah kepada wanita terlibat skandal dengan Presiden Puspahanas
- Usahawan Sariman Bakar, 52, mengatakan dia nikah sah dengan Dasyarina Sarilah Daud di luar negara
- Nikah dijalani pada 25 Februari 2025, wali nikah adalah bapa kandung wanita
- Sariman dan isterinya terlibat dalam urusan perniagaan bersama
- Hubungan isterinya dengan pegawai kanan ATM bermula dari urusan kerja
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

