Timbalan pemimpin utama Daesh, Abu Khaldoun diberkas di Iraq

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BAGHDAD - Polis Iraq menahan seorang timbalan pemimpin utama Daesh yang telah meninggal dunia iaitu Abu Bakr al-Baghdadi pada Selasa di wilayah Kirkuk, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan badan komunikasi Media Keselamatan Iraq.

Abu Khaldoun adalah komander tentera kumpulan pengganas itu bagi wilayah Salah al-Din.

Beliau diberkas di pekan Hawija dan didapati membawa kad pengenalan diri palsu.

Di bawah al-Baghdadi, Daesh tersebar luas di Iraq dan Syria bermula tahun 2013 dan akhirnya mendakwa pembentukan sebuah kerajaan 'khalifah' di rantau itu semasa ia merancang dan melaksanakan serangan mengerikan yang jauh melangkaui kubu utamanya.

Ia kemudian mewujudkan sekutu tempatan di rantau lain apabila mengeluarkan video pancung kepala yang amat kejam di internet.

Al-Baghdadi merupakan sasaran utama Amerika Syarikat bagi individu paling dikehendaki di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump dan Barack Obama, yang menawarkan ganjaran sebanyak AS$25 juta kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya.

Semasa tentera gabungan pimpinan AS menawan semula wilayah-wilayah yang sebelum ini dikuasai Daesh, al-Baghdadi terus menyembunyikan diri dan hanya sesekali mengeluarkan mesej audio yang dirakam terlebih dahulu kepada para pengikutnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: