Suspek rompak kedai emas diburu

Rakaman kejadian rompakan di kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Alor Mengkudu di sini semalam.
Rakaman kejadian rompakan di kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Alor Mengkudu di sini semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Suspek yang merompak kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Alor Mengkudu di sini semalam masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, ketika kejadian jam 7.3 petang itu, suspek berjaya melarikan lima dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM200,000.

Menurutnya, nombor pendaftaran kereta jenis Proton Wira yang dinaiki suspek adalah palsu.

"Kita menemui beberapa petunjuk di lokasi kejadian yang boleh membantu siasatan," katanya selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah, Jalan Stadium di sini hari ini.

Katanya, pihaknya telah menubuhkan task force terdiri selain menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi dan kontinjen lain untuk menyiasat kes itu.

Dalam perkembangan sama, katanya, beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat pembelian emas yang dijual secara luar biasa.

"Kita harap orang ramai tidak membeli emas yang dijual murah kerana dikhuatiri barang curi ataupun samun, sebaliknya membeli kepada ejen yang sah," katanya.

Zainuddin berkata, orang awam turut yang merakam tidak menyebarkan video berkenaan kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Jikalau ada rakam, serah kepada kita untuk membolehkan kita melakukan siasatan lanjut berhubung kes rompakan tersebut ataupun mana-mana kes jenayah lain," katanya.

Sebelum ini, video rompakan ala rambo di sebuah kedai emas di pasar raya di Alor Mengkudu di sini tular di laman sosial Facebook.