Cipta bot daripada paip PVC, tong dram redah banjir

Abdul Hafiz (kanan) bersama rakan Wan Ahmas Izhar, 28, menggunakan bot diperbuat daripada barangan terpakai seperti paip PVC dan tong plastik ketika ditemui di Kampung Bekok. Bot sepanjang 2.13 meter itu dibinanya dua tahun lepas selepas kampung tersebut sering dilanda banjir pada musim tengkujuh. - Foto Bernama

A
A
A

JERTIH - Kreatif. Itu gambaran tatkala melihat sebuah bot yang dicipta seorang pemuda menggunakan paip PVC dan tong dram plastik, sebagai ‘kenderaan’ meredah banjir di kampungnya, di sini.

Abdul Hafiz Musa, 36, berkata, idea membina bot sepanjang 2.13 meter itu timbul apabila kawasan kampungnya sering dinaiki air ketika musim tengkujuh dan dia cuba membina bot itu berpandukan cara yang dilihat di laman YouTube.

"Bot ini saya bina sejak dua tahun lepas dengan hanya bermodalkan RM200 untuk membeli paip PVC, manakala tong dram yang digunakan adalah tong terpakai yang dipotong dua untuk dijadikan tempat duduk kerana sifatnya yang mudah terapung.

"Bagi membina bot ini, saya mengambil masa kira-kira satu minggu untuk menyiapkannya dan pada awalnya, bot ini hanya menggunakan pendayung untuk bergerak, namun apabila melihat bot-bot fiber yang bergerak menggunakan enjin, saya cuba mencari inisiatif lain untuk membolehkan bot kecil ini turut mempunyai enjin yang bersesuaian dengan saiz bot," katanya kepada Bernama di sini.