Rusia enggan serah suspek tembak jatuh MH17

Penyiasat Belanda dan Australia menuduh Rusia menembak jatuh pesawat MH17 ketika kejadian pada 2014.
Penyiasat Belanda dan Australia menuduh Rusia menembak jatuh pesawat MH17 ketika kejadian pada 2014.
A
A
A

AMSTERDAM - Rusia menolak permintaan Belanda untuk menyerahkan suspek yang didakwa menembak jatuh pesawat MH17, satu keputusan yang jelas melanggar undang-undang Eropah.

Warga Ukraine, Volodymyr Tsemakh dikenal pasti sebagai suspek oleh Netherlands yang mengetuai siasatan terhadap tragedi pada 17 Julai 2014 yang turut meragut 298 nyawa penumpang.

"Perkhidmatan Pendakwaan Awam membuat kesimpulan bahawa Rusia telah membenarkan Tsemakh meninggalkan negara itu kerana enggan menyerahkannya kepada Belanda walaupun di bawah Konvensyen Eropah untuk ekstradisi, ia wajib berbuat demikian," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Difahamkan, Rusia tidak mengekstradisi rakyat mereka sendiri, namun pendakwa raya Belanda menegaskan tidak wujud halangan tentang itu kerana Tsemakh adalah warga Ukraine.

Bekas komander kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine itu dipindahkan ke Rusia di bawah perjanjian pertukaran perjanjian antara Moscow dan Kiev pada September lalu.

Pada 19 November lalu, Rusia menghantar nota memaklumkan mereka tidak tahu lokasi Tsemakh selepas Belanda meminta Moscow menyerahkannya untuk disoal siasat.

Laporan siasatan mendapati MH17 ditembak jatuh di ruang udara wilayah dikuasai kumpulan pemisah pro-Moscow di timur Ukraine ketika ia dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Misil tersebut didakwa disasarkan dari pelancar yang diangkut dari pangkalan tentera Rusia di Kursk.

Artikel Berkaitan:

Moscow bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut. - Agensi