Operasi SAR bersambung hari ini

No Image Caption
A
A
A

LIPIS - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dikhuatiri lemas di di Sungai Lipis dekat Kampung Penjom semalam bersambung hari ini.

Mangsa Nur Dhiya Aqilah Khairul Adli disyaki terjatuh dan dihanyutkan arus deras selepas dipercayai bermain bersama rakan-rakannya di lokasi terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 6 tahun dikhuatiri lemas

Operasi itu membabitkan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis.
Operasi itu membabitkan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis.

Operasi yang bermula jam 8 pagi tadi membabitkan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis.

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba, Shahrulnizam Nasir berkata bomba dibantu anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penduduk kampung.

Menurutnya, paras air kini tinggi dan deras selain cuaca mendung.

"Pasukan PPDA mencari mangsa dengan teknik surface (permukaan) dan selaman," katanya di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba meneruskan pencarian dalam cuaca mendung. - Foto: JBPM
Anggota bomba meneruskan pencarian dalam cuaca mendung. - Foto: JBPM

APM turut membantu SAR hari kedua hari ini. - Foto: JBPM
APM turut membantu SAR hari kedua hari ini. - Foto: JBPM