Paus tersesat masuki perairan negara

Paus humpback ditemui nelayan tempatan di perairan Teluk Senangin, Sabtu lalu.
Paus humpback ditemui nelayan tempatan di perairan Teluk Senangin, Sabtu lalu.
A
A
A

LUMUT - Jabatan Perikanan Malaysia menerima maklumat mengenai kehadiran ikan paus spesies humpback yang ditemui berenang di perairan Batu Malang, Teluk Senangin di sini.

Penemuan mamalia berusia sekitar lima bulan itu telah dirakam oleh nelayan tempatan dan tular di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Ketua Cawangan Mamalia Marin, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, berdasarkan video yang itu, mamalia itu dikategorikan masih bayi dan dipercayai telah terpisah dengan ibunya hingga memasuki perairan negara.

Menurutnya, penemuan spesies dari Lautan Pasifik itu merupakan kes pertama seumpamanya di Semenanjung Malaysia.

"Kita menganggarkan spesies itu mempunyai panjang antara 5 hingga 8 meter. Paus humpback atau nama saintifiknya, megaptera novaeangluae itu biasa bergerak dalam kumpulan dan hidup secara nomad.

"Spesies laut dalam ini dipercayai terpisah daripada kumpulannya hingga memasuki perairan negara, namun atas faktor air pasang surut dan makanan, paus ini masih berlegar-legar antara kawasan perairan Pulau Pangkor dan Teluk Senangin," katanya ketika ditemui di Pejabat Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber, Kompleks Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan di sini hari ini.

Mohd Tamimi berkata, Pasukan Bertindak Kedamparan Spesies Marin Terancam telah menjalankan pemantauan berkala bagi memantau pergerakan paus itu.

"Laut negara adalah jenis laut tropika dan paus ini boleh sesuaikan diri, namun jika dikaitkan dengan perubahan iklim, ia boleh menjadi faktor spesies ini sakit dan mati.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, kawasan haiwan ini berenang juga merupakan kawasan aktiviti penangkapan ikan jenis pukat hanyut yang dibimbangi akan menyebabkan ia tersangkut," katanya.

Katanya, pihaknya telah memberi maklumat mengenai kehadiran spesies itu dan menasihatkan kepada nelayan agar tidak mendekatinya.