X

Kindly register in order to view this article
!

MedTweetMY anjur kempen Kami #PilihSihat

A
A

KEMPEN Kami #PilihSihat bersempena dengan Mini Simposium yang telah dianjurkan oleh Medical Tweet Malaysia (MedTweetMY) di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program Mini Simposium MedTweetMY merupakan kerjasama antara MedTweetMY, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Malaysia itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Mini Simposium itu telah dihadiri oleh pelbagai kumpulan media sosial yang lain seperti Medical Mythbuster Malaysia, Ini Sains Beb, DoktorBudak, InfoSihat4U, Root of Sciences, Malaysian Male Nurse, Delegation of Nurses, Public Health Malaysia, Laman Minda, IMAM, Kenali Ubat Anda dan Geng Farmasi Otai.

Selain itu, wakil daripada KKM, Jabatan Kesihatan Negeri juga turut hadir sama.

Kempen Kami #PilihSihat adalah kesinambungan daripada kejayaan kempen #PerangMelawanMitos.

#PerangMelawanMitos fokus kepada memerangi fakta-fakta kesihatan yang tidak benar yang berlegar dalam kalangan masyarakat, manakala Kami #PilihSihat lebih menumpukan kepada gaya hidup sihat.

Dalam kenyataan media MedTweetMY, kempen dengan tanda palang (hashtag) baharu itu diharap dapat membantu berkait isu-isu kesihatan dalam negara.

"Diharapkan agar isu perubatan dan kesihatan awam daripada pelbagai bidang dapat dibincangkan dan diberikan pendedahan kepada masyarakat.

"Dr Dzulkefly telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi beliau terhadap gerakan kempen ini di media sosial dan berharap kami meneruskan perjuangan mendidik masyakat Malaysia," ujar kenyataan itu.

TETAMU kehormat dibawa melawat pameran berkaitan yang disediakan.
TETAMU kehormat dibawa melawat pameran berkaitan yang disediakan.