Doktor haiwan dirogol, dibunuh sebelum dibakar

Dr Potula Priyanka ditemui mati dalam keadaan rentung selepas dirogol dan dibunuh sekumpulan lelaki berhampiran Hyderabad, India.
Dr Potula Priyanka ditemui mati dalam keadaan rentung selepas dirogol dan dibunuh sekumpulan lelaki berhampiran Hyderabad, India.
A
A
A

HYDERABAD – Seorang doktor haiwan ditemui mati dalam keadaan rentung selepas dipercayai dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan lelaki yang pada mulanya ingin membantu menukar tayar motosikalnya.

Menurut pihak polis, mayat wanita berkenaan ditemui seorang penjual susu pada jam 6 pagi semalam (waktu tempatan) yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.

Empat lelaki itu kini ditahan termasuk seorang pemandu lori dikenali sebagai Mohammed Pasha, lapor The New Indian Express yang memetik sumber.

Polis Cyberabad, VC Sajjanar berkata, mangsa, Dr Potula Priyanka Reddy dalam perjalanan pulang apabila dibunuh berhampiran Hyderabad, India sebelum mayatnya dibuang dan dibakar 24 kilometer dari tempat kejadian.

“Identiti kesemua suspek telah dikenal pasti selepas pihak berkuasa meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari lokasi kejadian.

“Kita masih menjalankan siasatan mengenai motif pembunuhan ini," katanya

Sementara itu, ibu mangsa yang tidak dapat menahan kesedihan mendesak pihak berkuasa segera menangkap pembunuh anaknya dan membakar mereka hidup-hidup.

Pakaian, kasut dan botol minuman milik Priyanka ditemui berhampiran laluan bertol tempat mangsa meletak motosikalnya.

Artikel Berkaitan:

Identiti wanita malang itu hanya berjaya dikenal pasti keluarga melalui loket yang dipakai.