Rizab tunai bertambah hasil kutipan tunggakan premium tanah

Ahmad Faizal (berdiri, tengah) bersama-sama peserta program Berkhatan Beramai-ramai anjuran Bersatu Chepor Dalam/Kampung Seri Klebang di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Klebang, di sini hari ini.
Ahmad Faizal (berdiri, tengah) bersama-sama peserta program Berkhatan Beramai-ramai anjuran Bersatu Chepor Dalam/Kampung Seri Klebang di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Klebang, di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Pertambahan rizab tunai Kerajaan Perak tahun ini disumbangkan kutipan tunggakan premium tanah daripada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerjasama baik di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan antara faktor memudahkan tunggakan hasil diperoleh.

Menurutnya, pendekatan yang digunakan kerajaan negeri serta komitmen Exco kerajaan negeri dan penjawat awam membolehkan bayaran dibuat dalam tempoh ditetapkan.

"Kita berusaha mendapatkan bayaran premium tanah dan kami bersyukur kerana Kerajaan Persekutuan membantu membayar premium tertunggak kepada kerajaan negeri menyebabkan rizab tunai kita meningkat tinggi.

"Jumlah tunggakan berbeza-beza antara kementerian dengan kementerian lain tetapi signifikan sebagai contoh sesuatu kementerian itu perlu membayar RM80 juta, jumlah itu 0.8 peratus daripada bajet kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Bersatu Chepor Dalam/Kampung Seri Klebang di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Klebang, di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Faizal menjelaskan peningkatan hasil bukan cukai kerajaan melalui lesen pusat hiburan snuker dan premis menjual minuman keras disebabkan jumlah premis bertambah sebaliknya dengan memastikan premis sedia ada mempunyai lesen sah.

Pada Sidang Dewan Undang Negeri (DUN) Perak sebelum ini Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri menganggarkan pertambahan hasil daripada Fi Lesen Hiburan Billiard dan Lesen Kedai Minuman Keras yang diunjurkan pada tahun 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Pusat hiburan, snuker di Perak bertambah tahun depan

Artikel Berkaitan: