X

Kindly register in order to view this article
!

Bantuan musim tengkujuh lebih RM29 juta kepada pekebun kecil

Dr Mohd Radzi - Foto fail Bernama
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan akan menyalurkan bantuan lebih RM29 juta kepada pekebun kecil getah di Kelantan menerusi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, bantuan itu akan mula diberikan kepada 49,328 pekebun kecil bermula Disember ini.

“Kelantan merupakan antara negeri yang paling banyak menerima peruntukan ini berbanding negeri-negeri lain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Usahawan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) peringkat Kelantan yang turut dihadiri Pengarah RISDA Kelantan Mohd Zulkifli Hassan di sini hari ini.

Katanya, bantuan itu akan diagihkan menerusi RISDA kepada pekebun kecil getah yang telah lulus permohonannya.

"Peruntukan sebegini membuktikan kerajaan komited untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat dan kita juga sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat dan akan sentiasa membantu bergantung kepada kemampuan kerajaan,” katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!