'Lukisan mural gabungan Jalur Gemilang, bendera Melaka'

Tular di Facebook berkenaan imej mural yang menunjukkan bendera Negeri Melaka seakan Jalur Gemilang dengan bintang hanya lima bucu.
Tular di Facebook berkenaan imej mural yang menunjukkan bendera Negeri Melaka seakan Jalur Gemilang dengan bintang hanya lima bucu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari memandang serius berhubung satu lukisan mural menimbulkan kekeliruan masyarakat berikutan gambar hampir menyerupai Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima di Stadium Tun Fatimah, tular di media sosial sejak petang semalam.

Beliau meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memperbaikinya bagi mengelakkan kekeliruan rakyat walaupun lukisan terbabit digambarkan gabungan antara Jalur Gemilang (imej jalur merah putih) dan bendera Melaka.

"Ia sepatutnya dipantau dan diteliti PBT bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat. Pihak yang melukis perlu akur dengan kesilapan dan yang paling baik memperbaiki dan memperbetulkan semula mural itu.

"Sewajarnya tidak mempertahankan kesilapan itu dan akhirnya mengaitkannya dengan Melaka, penghormatan pada Jalur Gemilang penting dan ia mesti diperbetulkan," katanya.

Imej bendera yang terdapat di dinding Stadium Tun Fatimah yang menimbulkan kekeliruan orang awam.
Imej bendera yang terdapat di dinding Stadium Tun Fatimah yang menimbulkan kekeliruan orang awam.

Sejak petang semalam, tular mengenai dakwaan ada kesilapan bendera Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima dan jalur merah putih pada mural di dinding tembok di Stadium Tun Fatimah di sini.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Mansor Sudin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera untuk memperbetulkan lukisan terbabit.

Menurutnya, lukisan itu dipamerkan sejak tahun lalu menerusi pertandingan lukisan mural membabitkan kumpulan belia di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Mural itu dilukis orang ramai pada penganjuran pertandingan melukis mural tahun lalu, ia sebenarnya bendera Melaka dan jalur merah putih, hanyalah hiasan atau lakaran pelukis namun mungkin rakyat keliru dengan keadaan itu.

"Kita akur dengan kesilapan dan akan bertindak segera mengubah semula lukisan tersebut," katanya.