Trump tandatangan undang-undang sokong penunjuk perasaan Hong Kong

Donald Trump - Foto AFP
Donald Trump - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu menandatangani undang-undang menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong yang mendakwa ingin mengekang tahap kawalan Beijing ke atas kehidupan mereka, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Rumah Putih.

Kenyataan itu menyebut Trump menandatangani undang-undang yang mengkehendaki semakan tahunan status perdagangan khas Hong Kong dan sekatan ke atas mana-mana pegawai yang bertanggungjawab melanggar hak asasi manusia.

Undang-undang itu telah diluluskan pada 20 November oleh Dewan Perwakilan apabila melepasi Senat tanpa bantahan.

"Trump turut menandatangani satu lagi undang-undang yang melarang eksport AS yang terdiri daripada peralatan spesifik polis ke Hong Kong,” menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk perasaan di Hong Kong makin ganas

Hong Kong telah terjerumus dalam kancah kekacauan selama berbulan-bulan akibat tunjuk perasaan jalanan ganas bagi membantah apa yang disifatkan sebagai campur tangan Beijing terhadap kebebasan yang dijanjikan kepada bekas tanah jajahan Britain itu semasa ia dikembalikan kepada pemerintahan China pada 1997.

Beijing menafikan dakwaan tersebut dan berkata, ia komited dengan formula 'satu negara, dua sistem' yang dilaksanakan ketika itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: