Hong Kong keluar amaran ketika Taufan Talim semakin hampir

Bot berlabuh di pusat perlindungan taufan di Tseun Wan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi Taufan Talim yang semakin hampir di Hong Kong. - Foto AFP
Bot berlabuh di pusat perlindungan taufan di Tseun Wan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi Taufan Talim yang semakin hampir di Hong Kong. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG - Balai Cerap Hong Kong mengeluarkan isyarat angin kencang No. 8 (No. 8 Southeast Gale) pada pagi Isnin, yang akan kekal dikuatkuasakan sehingga 4 petang waktu tempatan di bawah kesan Taufan Talim, lapor Xinhua.

Isyarat angin No.8 ialah amaran ketiga tertinggi di bawah sistem cuaca Hong Kong. Angin dengan kelajuan purata 63 kilometer (km) sejam atau lebih dijangka dari arah tenggara.

Bursa Saham Hong Kong telah menggantung dagangan mereka, beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong juga dibatalkan, manakala beberapa jeti digantung operasinya ketika destinasi tumpuan pelancong seperti Hong Kong Disneyland ditutup buat sementara waktu.

Pada jam 1 petang Isnin, Taufan Talim berpusat kira-kira 270 km barat daya Hong Kong dan diramalkan bergerak ke barat laut pada kelajuan kira-kira 18 km sejam ke arah Semenanjung Leizhou, Wilayah Guangdong. - Bernama