X

Kindly register in order to view this article
!

Maqis Perlis rampas buah-buahan bernilai RM104,684

Khairi menunjukkan buah limau yang dirampas kerana tidak mempunyai permit.
A
A

PADANG BESAR - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perlis berjaya merampas pelbagai jenis buah-buahan tanpa permit sah bernilai RM104,684 sejak Januari lalu.

Pengarahnya, Khairi Arif berkata, buah-buahan yang dirampas paling tinggi ialah mangga seberat 5,112 kilogram (kg) diikuti jambu air 3,219kg dan dokong 2,000kg.

Menurutnya, kesemua rampasan berkenaan dibawa menggunakan lori yang dipandu warga tempatan melalui ketiga-tiga pintu sempadan negeri ini iaitu Kuala Perlis, Wang Kelian dan Padang Besar.

"Dalam rampasan terbaharu hari ini, kami turut merampas limau, pisang dan mangga bernilai RM3,060.

"Semua barang rampasan berkenaan ditahan kerana hasil pertanian itu berada di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan dimusnahkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya,

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat Maqis Perlis di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Khairi menegaskan, barangan yang diimport dan dieksport perlu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan Maqis bagi memastikan kawalan penyakit.

Khairi (kiri) menunjukkan buah mangga yang diperiksa jika terdapat serangga perosak
Khairi (kiri) menunjukkan buah mangga yang diperiksa jika terdapat serangga perosak

Menurutnya, walaupun prosedur mendapatkan permit daripada Maqis mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian, namun masih ramai yang ingkar peraturan berkenaan.

"Kebanyakan mereka sedia maklum peraturan Maqis yang memerlukan permit namun memandang remeh akan perkara itu.

"Jika lori yang membawa muatan 10 jenis sayuran maka mereka perlu mendapatkan permit bagi setiap satu jenis sayuran berkenaan secara berasingan," katanya.

Sementara itu, Khairi memaklumkan pihaknya turut berjaya merampas 30 ekor ikan hiasan jenis 'flower horn' di pintu sempadan baru-baru ini yang cuba dibawa masuk oleh warga Thailand.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!